Hi, how can we help?

[Penilaian Produk] Mengapakah ulasan produk saya dipadamkan?

Bahasa Malaysia | English

 

Pembeli

 

Pembeli sering merujuk kepada ulasan produk sebelum membuat keputusan pembelian. Ulasan produk yang jujur dan tepat dapat memberikan maklumat berguna kepada pembeli lain mengenai produk sebelum membuat pembelian.

 

Untuk memastikan semua ulasan produk berkualiti dan relevan dengan penyenaraian produk, Shopee memadamkan ulasan produk yang mengandungi kandungan (teks dan/atau gambar dan video) yang:

 

  • Kasar, tidak senonoh atau tidak menyenangkan
  • Tidak relevan dengan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh penjual
 
Untitled design (32).png

⚠️ Note: 

 

  • Shopee memberikan ganjaran sehingga 5 syiling untuk setiap ulasan berkualiti yang mengandungi foto atau video, dan sehingga 3 syiling untuk setiap ulasan dengan sekurang-kurangnya 1 foto atau 1 video. Walau bagaimanapun, mana-mana ulasan yang tidak mematuhi garis panduan ulasan produk akan dipadamkan oleh Shopee, dan syiling yang diberikan akan ditarik balik daripada pembeli.

 

*Ganjaran syiling akan berbeza bergantung pada kualiti ulasan dan item yang diulas. Keputusan akhir adalah atas budi bicara Shopee.

 

Untuk menulis ulasan produk yang berkualiti tinggi, sila ikuti petua seperti dalam artikel Pusat Bantuan kami - Bagaimanakah untuk menulis ulasan produk berkualiti tinggi?.

 

Penjual

 

Membalas ulasan produk dari pembeli mencerminkan perkhidmatan pelanggan dan tanggungjawab anda.

 

Jika pembeli menulis ulasan negatif untuk produk anda, anda harus menjawab aduan pembeli dengan sopan dan menawarkan perkhidmatan susulan. Membalas ulasan dengan kasar akan menghalang pembeli berpotensi daripada membeli produk anda pada masa akan datang.

 

Untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan, Shopee memadamkan balasan yang mengandungi kandungan yang:

 

  • Tidak relevan dengan produk atau ulasan dari pembeli
  • Kasar, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan
 

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini.

Was this article helpful?
Yes
No