Hi, how can we help?

[Bayar Waktu Terima] Bagaimana cara untuk membayar dengan COD?

Bahasa Malaysia | English 

Bayar waktu terima (Cash on Delivery) adalah kaedah pembayaran baharu di Shopee yang bertujuan untuk memberikan pembeli pilihan pembayaran tambahan yang mudah dan meyakinkan. Anda hanya perlu membuat pembayaran apabila menerima pesanan anda.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk belajar cara membayar dengan COD:
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Co (55).gif
Langkah 1: Klik pada Pilihan Pembayaran di halaman semak keluar
Langkah 2: Pilih Bayar Waktu Terima (COD)
Langkah 3: Klik pada SAHKAN
Langkah 4: Klik pada Membuat Pesanan

Setelah anda membuat pesanan, pesanan anda akan berada di bawah tab Untuk Dibayar di Pembelian Saya selama 2 jam (Tempoh Pengesahan COD). Anda boleh membatalkan pesanan dalam tempoh ini.

Jika anda ingin menukar saluran pembayaran, sila batalkan pesanan dan buat pembelian baharu menggunakan kaedah pembayaran yang diingini.

Selepas Tempoh Pengesahan COD, pesanan anda akan dipindahkan ke tab Untuk Dihantar di Pembelian Saya dan penjual akan dimaklumkan untuk menghantar pesanan anda. Anda tidak boleh melengkapkan pesanan sehingga kurier menghantar pesanan anda.

Apabila kurier menghantar pesanan anda, anda perlu membuat pembayaran secara tunai terus kepada kurier. Kurier akan mengemas kini pesanan anda kepada Dihantar, dan selepas itu anda boleh melengkapkan pesanan di aplikasi untuk melepaskan bayaran kepada penjual.

Harap maklum bahawa jumlah yang perlu dibayar akan dibundarkan kepada 5 sen terdekat apabila anda membayar secara tunai.
Was this article helpful?
Yes
No