Bayar waktu terima (COD) adalah kaedah pembayaran baharu di Shopee yang bertujuan untuk memberikan pembeli pilihan pembayaran tambahan yang mudah dan meyakinkan. Anda hanya perlu membuat pembayaran apabila menerima pesanan anda.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk belajar cara membayar dengan COD:
Langkah 1: Klik pada Pilihan Pembayaran di halaman semak keluar Langkah 2: Pilih Bayar Waktu Terima (COD) Langkah 3: Klik pada SAH Langkah 4: Klik pada Membuat Pesanan
Selepas membuat pesanan, ia akan muncul di tab Untuk Dibayar dalam Pembelian Saya selama 2 jam (Tempoh Pengesahan COD). Anda boleh membatalkan pesanan dalam tempoh ini.
Jika anda ingin menukar kaedah pembayaran, batalkan pesanan dan buat pesanan baharu menggunakan kaedah yang dikehendaki.
Selepas Tempoh Pengesahan COD tamat, pesanan anda akan dipindahkan ke tab Untuk Dihantar, dan penjual akan dimaklumkan untuk menghantar pesanan tersebut. Anda tidak boleh menyelesaikan pesanan sehingga ia dihantar.
💡 Tip:
Anda masih boleh membatalkan pesanan COD anda semasa ia berada di tab Untuk Dihantar, tetapi hanya jika Nombor Penjejakan BELUM dijana.
Apabila kurier menghantar pesanan anda, bayar secara tunai terus kepada kurier. Kurier akan mengemas kini status pesanan kepada Diselesaikan, dan anda boleh klik pada butang Pesanan Diterima dalam aplikasi untuk melepaskan pembayaran kepada penjual.
⚠️ Nota:
Jumlah pembayaran akan dibundarkan kepada 5 sen terdekat apabila anda membayar secara tunai.
Akan ada 3 cubaan penghantaranuntuk pesanan COD. Jika tiada penerima, pesanan akan dikembalikan kepada penjual.
Jika penjual tidak mengaktifkan COD sebagai pilihan pembayaran, anda tidak boleh memilih COD semasa daftar keluar.