BM | EN | CN
Berikut adalah 10 pilihan pembayaran yang boleh digunakan:
1. Pembayaran Tunai di Kedai Runcit
Pembayaran pesanan boleh dilakukan melalui 7-Eleven dan KK Mart di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila lihat "Bagaimana untuk membayar dengan Pembayaran Tunai di 7-Eleven?" dan "Bagaimana untuk membayar melalui Pembayaran Tunai di KK Mart?" Anda hanya boleh membuat pembayaran di kedai serbaneka ini jika jumlah pembayaran antara RM1.10 dan RM1,500.
2. Bayar Waktu Terima (COD)
Bayar pesanan anda secara tunai apabila dihantar ke pintu rumah anda dengan memilih 'Bayar Waktu Terima' semasa pembayaran.
Kawasan yang boleh dihantar menggunakan Cash on Delivery di bawah saluran penghantaran yang berkenaan adalah seperti berikut:
*Nota: Jumlah yang perlu dibayar akan dibundarkan kepada 5 sen terdekat dan tidak semua kedai membenarkan COD.
3. Kad kredit/Debit
Oleh kerana Shopee beroperasi secara serantau, pada masa ini kami hanya menyokong kad debit / kredit Visa atau Mastercard yang dikeluarkan di Malaysia / Singapura. Untuk membaca lebih lanjut, lihat "Bagaimana saya membuat pembayaran menggunakan kad kredit/debit? Adakah ia selamat?".
4. Maybank2u
Lakukan transaksi dengan lancar tanpa perlu log masuk ke akaun Maybank2u anda berulang kali dengan menyediakan pautan dengan kami!
Sila lawati artikel ini "Bagaimana untuk membuat pembayaran melalui akaun Maybank2u saya" untuk mengetahui lebih lanjut tentang kaedah pembayaran ini..
5. Perbankan Atas Talian
Pesanan boleh dibayar melalui CIMB Clicks, Maybank2u, dll., dan dikemas kini dalam beberapa minit untuk perkhidmatan pembayaran yang cepat dan selamat. Untuk membaca lebih lanjut, klik "Bagaimana saya membuat pembayaran untuk pilihan 'Perbankan Dalam Talian'?".
6. ShopeePay
ShopeePay adalah dompet digital dalam Aplikasi Shopee. Gunakannya untuk membayar pembelian dalam talian dan luar talian setelah anda mengaktifkan akaun ShopeePay dan menambah baki anda.
7. Ansuran Kad Kredit
Kaedah pembayaran pelan ansuran hanya boleh dibuat dengan kad kredit Maybank / Public Bank / CIMB dengan jumlah checkout gabungan lebih daripada RM500 dengan penjual yang layak.
Untuk memahami lebih lanjut tentang kaedah pembayaran pelan ansuran, kami mengesyorkan anda membaca "Apakah syarat untuk membayar menggunakan pelan ansuran?".
8. SPayLater
Perkhidmatan pembayaran yang membolehkan anda membayar pembelian anda di Shopee secara bulanan. Pilihan untuk membahagikan pembayaran kepada 3 bulan, 6 bulan, atau 12 bulan (6 bulan & 12 bulan untuk pengguna terpilih sahaja) dengan yuran pemprosesan kecil sebanyak 1.5% sebulan dari jumlah pesanan keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati "Bagaimana saya membuat pembelian dengan SPayLater?".
9. Google Pay
Anda juga boleh membuat pembayaran melalui Google Pay. Google Pay memerlukan pembeli untuk memautkan kad debit atau kredit ke Akaun Google.
Untuk bayaran balik, pembayaran yang dibuat melalui Google Pay akan dikembalikan kepada kad yang berkenaan dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja jika permintaan bayaran balik berjaya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, klik "Bagaimana untuk membuat pembelian dengan Google Pay?".
10. Apple Pay
Lakukan transaksi dengan mudah dan selamat dengan Apple Pay! Untuk pembayaran di Shopee dengan Apple Pay, pembeli perlu menyediakan Apple Pay mereka dengan memautkan kad kredit atau debit ke aplikasi Wallet pada iPhone, Apple Watch, atau peranti lain yang serasi.
Untuk bayaran balik, pembayaran yang dibuat melalui Apple Pay akan dikembalikan kepada kad yang berkenaan dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja jika permintaan bayaran balik berjaya.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati "Bagaimana saya membuat pembelian dengan Apple Pay?".
Sila ambil perhatian bahawa dompet elektronik Touch 'n Go dan Boost pada masa ini tidak disokong oleh Shopee.